Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Ketua Anak Negeri di Sabah tiada kuasa keluar surat sah nikah


Tarikh kemaskini: 01/02/2019





TAWAU, 1 Feb (Bernama) --- Ketua Anak Negeri tidak mempunyai hak atau kuasa untuk mengeluarkan surat pengesahan pernikahan kepada pasangan Islam di Sabah yang tidak berdaftar dengan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS).

Menteri Undang-Undang dan Hal Ehwal Anak Negeri, Datuk Aidi Moktar berkata kuasa mengesahkan itu hanya terletak pada bidang kuasa Mahkamah Syariah dan perkara itu jelas terdapat dalam peruntukan di bawah Seksyen 9 Enakmen Mahkamah Anak Negeri 1992

"Ketua-ketua Anak Negeri tidak ada kuasa, kalau ada ini mungkin kes terpencil dan dia (merujuk kepada Ketua Anak Negeri) mungkin jahil dalam hal tersebut," katanya kepada Bernama.

Bernama difahamkan terdapat surat pengesahan nikah dikeluarkan daripada pejabat Ketua Anak Negeri di salah sebuah daerah di Sabah.

Dalam pada itu, Aidi berkata mana-mana perkara berkaitan agama Islam hendaklah dirujuk ke Mahkamah Syariah manakala orang bukan Islam merujuk kepada Mahkamah Anak Negeri.

Sementara itu, beliau turut menasihatkan pasangan Islam yang bernikah menggunakan imam tidak bertauliah atau imam kampung agar merujuk status perkahwinan mereka ke JHEAINS sekali gus bagi mendaftar perkahwinan.

"Nasihat ini bagi mengelakkan mereka ini berhadapan masalah terutamanya melibatkan persekolahan serta perkahwinan anak perempuan mereka kelak.

"Misalnya jika anak perempuan mereka mahu berkahwin maka jurunikah bertauliah akan meminta surat kahwin ibu bapa perempuan itu," katanya.

Bernama turut difahamkan terdapat ramai pasangan islam di pantai timur Sabah berkahwin menggunakan khidmat jurunikah tidak bertauliah atas sebab-sebab tertentu.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Tiada penangguhan, perbicaraan 1MDB Najib kekal 19 Ogos

 
     

Undi 18: SPR adakan sesi libat urus dengan pihak berkenaan

 
     

Penubuhan KPSM inisiatif tingkatkan sosioekonomi pekebun kecil

 
     

Polis tidak berat sebelah siasat tuduhan Exco rogol pembantu rumah

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel