Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Sultan Nazrin berangkat ke majlis penutup Tilawah Al-Quran peringkat Negeri Perak


Tarikh kemaskini: 01/02/2019





IPOH, 31 Jan (Bernama) -- Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim berkenan berangkat ke majlis penutupan dan penyampaian hadiah Tilawah dan Menghafaz al-Quran peringkat negeri di Pusat Konvensyen Casuarina, Meru, di sini malam ini.

Turut berangkat, Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa; Raja Puan Besar Perak, Raja Nazhatul Shima Sultan Idris Shah; Raja Di Hilir Perak, Raja Iskandar Dzulkarnain Sultan Idris Shah dan Raja Puan Muda Perak, Tunku Soraya Abdul Halim Mu'adzam Shah.

Hadir sama Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dan isteri, Datin Seri Dr Nomee Ashikin, anggota exco kerajaan negeri, Setiausaha Kerajaan Negeri, Zainal Azman Abu Seman dan Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), Datuk Mohd Yusop Husin.

Pada majlis tersebut, Sultan Nazrin berkenan menyampaikan hadiah kepada johan qari dan qariah tilawah al-Quran yang masing-masing dimenangi Mohd Kamaruzaman Daud dan Nor Hazira Nabila Mohd Kamal.

Mereka masing-masing membawa pulang wang tunai wang tunai RM8,000, pakej menunaikan haji bernilai RM10,000, plak dan hadiah iringan.

Dalam pada itu, tempat kedua qari disandang oleh Syamsul Abu Hasan Al-Shaari manakala qariah pula, Nor Salwa Razali dan tempat ketiga qari dimenangi Mohamad Shahran Tarmizi dan qariah Puteri Kalimatul Azwa Hamid.

Pemenang naib juara dan dan tempat ketiga masing-masing menerima wang tunai RM6,000 dan RM4,000 berserta sijil dan hadiah iringan.

Kesemua pemenang qari dan qariah hafazan bagi kategori 1-10 juzuk, 1-20 juzuk dan 1-30 juzuk menerima hadiah wang tunai bermula RM1,000 hingga RM8,000 beserta plak dan hadiah iringan.

Kesemua johan qari dan qariah tilawah serta hafazan akan mewakili negeri ke Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan yang akan berlangsung di Seremban, Negeri Sembilan, dari 17 hingga 22 Mac ini.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Kerajaan PH akan terus laksana polisi beri manfaat pada rakyat

 
     

Seramai 70 peserta sertai Raleigh Borneo Expedition 2019

 
     

Rosmah pohon jaminan kos RM500,000 daripada syarikat barang kemas Lubnan

 
     

Separuh penjawat awam terlibat rasuah adalah golongan muda

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel