Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Kuil Kek Lok Si bermandikan cahaya sempena Tahun Baharu Cina


Tarikh kemaskini: 31/01/2019





GEORGE TOWN, 31 Jan (Bernama) -- Kuil Kek Lok Si di Air Itam di sini bermandikan cahaya sempena menyambut Tahun Baharu Cina.

Lebih 10,000 tanglung tradisional Cina dan beribu-ribu lampu neon dan LED menerangi kompleks kuil Buddha terbesar di Asia Tenggara itu.

Pemegang amanah Kuil Kek Lok Si, Datuk Steven Ooi mengucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan atas sokongan berterusan yang membolehkan pencahayaan itu menyinari selama 30 tahun yang lalu.

"Kami memulakan pencahayaan di pagoda lama sejak 30 tahun lepas sebelum memperluaskanya meliputi bahagian lain di kuil itu yang berikutan sokongan (dari orang awam)," katanya dalam ucapan semasa upacara pencahayaan rasmi oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng yang diiringi oleh Ketua Menteri Chow Kon Yeow di sini hari ini.

Beliau berkata pelawat ke Pulau Pinang sempena Tahun Baharu Cina ini tidak harus melepaskan peluang untuk mengunjungi Kuil Kek Lok Si untuk menyaksikan sendiri sinaran lampu berkelauan dan suasana indah di sini.

Terdahulu, Chow mengumumkan bahawa kerajaan negeri akan menyumbang RM100,000 kepada dana Kuil Kek Lok Si.

Sementara itu, Lim yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Air Putih berkata beliau juga akan menyumbang jumlah yang sama seperti dilakukan oleh kerajaan negeri untuk dana kuil tahun ini.

"Ini kali pertama, saya menghadiri majlis pencahayaan sebagai Menteri Kewangan, justeru kita akan terus menyokong pembiayaan kuil tersebut.

Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Gong Xi Fa Chai kepada masyarakat Cina di Malaysia sempena kedatang Tahun Khinzir," katanya.

Kuil berusia 128 tahun itu akan diterangi sehingga ke patung Kuan Yin setinggi 33.6m semasa perayaan Tahun Baharu Cina dari 4 hingga 19 Feb antara 7.30 malam dan tengah malam setiap hari, dan dari pukul 7.30 malam hingga 10 malam dari 20 Feb hingga 4 Mac.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Kerajaan PH akan terus laksana polisi beri manfaat pada rakyat

 
     

Seramai 70 peserta sertai Raleigh Borneo Expedition 2019

 
     

Rosmah pohon jaminan kos RM500,000 daripada syarikat barang kemas Lubnan

 
     

Separuh penjawat awam terlibat rasuah adalah golongan muda

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel