Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Hotel anjurkan larian untuk beli ambulans


Tarikh kemaskini: 31/01/2019





GEORGE TOWN, 31 Jan (Bernama) -- Sebuah hotel lima bintang di Batu Ferringhi dekat sini mensasarkan mengumpul RM70,000 dari larian amal mereka rancangkan pada Jun ini, bagi membiayai pembelian sebuah ambulans, untuk kegunaan mereka yang memerlukan di kawasan tersebut.

Hotel Hard Rock, akan menjadikan larian tahunan mereka, ‘Rock To Rock Run’, tahun ini untuk projek “Ambulance for Life” yang mensasarkan untuk membeli kenderaan bantuan kecemasan yang berharga kira-kira RM185,000.?

Pengurus Besarnya John Primmer hari ini berkata, projek “Ambulance for Life” itu menerima sokongan dari Kerajaan Pulau Pinang serta beberapa agensi dan persatuan yang berkongsi pandangan mengenai keperluan kenderaan kecemasan seperti itu, ditempatkan di sekitar kawasan Batu Ferringhi dan Teluk Bahang.

"Projek Ambulance For Life akan memberikan manfaat kepada masyarakat setempat, pelancong dan tetamu hotel, yang kini bergantung kepada perkhidmatan kecemasan daripada Hospital Besar Pulau Pinang," katanya pada sidang akhbar mempromosikan ‘Rock To Rock Run 2019’ di sini.???????

Pada masa ini katanya, ambulans dari Hospital Besar Pulau Pinang mengambil masa kira-kira 45 minit untuk sampai ke Batu Ferringhi, dan dengan adanya ambulans yang ditempatkan di kawasan itu pastinya akan dapat mengurangkan masa menghantar mereka yang memerlukan rawatan perubatan.

Primmer berkata kerajaan negeri, Persatuan Hotel Malaysia (MAH) Penang Chapter, dan beberapa syarikat lain juga telah menyatakan persetujuan menaja pembelian ambulans itu.???????

???????Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Pulau Pinang, Soon Lip Chee memuji inisiatif yang diambil hotel tersebut, yang katanya telah menunjukkan satu contoh yang baik, ???membantu dan menyumbang kepada masyarakat.??

???????"Ambulans (dirancang untuk dibeli) akan diurus dan dikendalikan Angkatan Pertahanan Awam untuk meningkatkan tahap perkhidmatan respons kecemasan dan ???????memastikan kita terus dapat membantu menyelamatkan nyawa yang memerlukan di bahagian utara pulau,” katanya lagi.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

PRK Kimanis: Pimpinan PH perlu fikir langkah menangi semula hati rakyat - Anwar

 
     

BN kekalkan kerusi Kimanis

 
     

Dr Mahathir mahu Bersatu Kedah kukuhkan parti - Mukhriz

 
     

MB Johor tegaskan Nur Dinie Damia negatif influenza A

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2020 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel