Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

KPDNHEP rampas 513 tong LPG disimpan melebihi stok dibenarkan


Tarikh kemaskini: 31/01/2019





NIBONG TEBAL, 31 Jan (Bernama) -- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Seberang Perai Tengah, merampas 513 unit tong gas petroleum cecair (LPG) bernilai RM57,304 dari sebuah premis penyimpanan bahan itu di sini kerana menyimpan melebihi had stok yang dibenarkan.

Ketua pegawai penguatkuasanya, Mohd Suffian Mohd Abass berkata seorang lelaki berumur 32 tahun yang merupakan pengurus syarikat tersebut turut ditahan semasa premis itu diserbu pukul 11.15 pagi tadi.??????

"Pemeriksaan awal mendapati premis berkenaan telah melanggar syarat yang diberikan dengan menyimpan stok melebihi kebenaran lesen kerana ia hanya mempunyai lesen borong dengan had simpanan semasa 2,000 kilogram (kg) dan lesen runcit 1,000kg.

???????"Bagaimanapun ketika diperiksa terdapat sebanyak 7,444kg LPG di premis itu yang merupakan 4,444kg melebihi had simpanan yang dibenarkan,” katanya di sini hari ini.???????

Menurutnya rampasan stok LPG itu melibatkan 454 tong berkapasiti 14kg, 49 tong kapasiti 12kg dan 10 tong bersaiz 50kg.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Kerajaan PH akan terus laksana polisi beri manfaat pada rakyat

 
     

Seramai 70 peserta sertai Raleigh Borneo Expedition 2019

 
     

Rosmah pohon jaminan kos RM500,000 daripada syarikat barang kemas Lubnan

 
     

Separuh penjawat awam terlibat rasuah adalah golongan muda

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel