Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Wanita warga China rugi RM38,000 ditipu sindiket tukaran mata wang


Tarikh kemaskini: 31/01/2019





KEPALA BATAS, 31 Jan (Bernama) -- Seorang suri rumah warga China kerugian sebanyak RM38,000 selepas ditipu oleh seorang individu yang mendakwa dapat memberikan kadar tukaran mata wang yang lebih tinggi kepadanya. 

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Noorzainy Mohd Noor berkata dalam kejadian Selasa lepas itu, mangsa yang berusia 44 tahun telah menghubungi nombor telefon yang tertera dalam iklan berhubung pertukaran mata wang yang diperolehinya dari media sosial WeChat.

“Menurut mangsa, seorang lelaki yang menjawab panggilan telefon itu mendakwa sebagai ejen syarikat pertukaran mata wang dan dapat menawarkan kadar pertukaran yang tinggi kepadanya,” kata beliau pada sidang media di sini. 

Mangsa yang terpedaya dengan tawaran itu kemudian bersetuju untuk memindahkan sejumlah RM38,000 ke dalam dua akaun bank yang diberikan oleh lelaki berkenaan untuk ditukarkan ke mata wang Yuan China yang seterusnya akan dimasukkan ke dalam akaun keluarganya di China.

“Wanita itu hanya menyedari dia tertipu apabila anggota keluarganya memaklumkan mereka tidak menerima duit berkenaan dan lelaki yang mengaku sebagai ejen tukaran mata wang itu tidak dapat dihubungi,”  katanya.

Susulan laporan polis yang dibuat wanita itu, Noorzainy berkata polis telah memulakan siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan sedang mengesan pemilik-pemilik akaun bank terbabit.

Beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah terpedaya dengan tawaran kadar tukaran mata wang yang lebih tinggi berbanding kadar yang ditawarkan pengurup wang berlesen bagi mengelakkan  menjadi mangsa penipuan.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Aloysious Jounoh usahawan roti tempatan di Tuaran

 
     

Kementerian Pendidikan siap sedia hadapi banjir

 
     

Kos beli vaksin untuk pendatang asing akan diumumkan nanti

 
     

Perpaduan sebenar tidak kenal fahaman politik, amalan kepercayaan - Daud Yusof

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel