Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Tekun Nasional sasar bantu 8,871 usahawan mikro di Sarawak


Tarikh kemaskini: 22/01/2019





KUCHING, 22 Jan (Bernama) -- Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN Nasional) menyasarkan untuk membantu 8,871 usahawan mikro di Sarawak dengan pembiayaian sebanyak RM25 juta bagi tahun ini.

Pengerusinya Datuk Seri Mohamad Suparadi Md Noor berkata peminjam yang menunjukkan rekod bayaran yang baik berpotensi untuk mendapat semula pinjaman.

“Sarawak adalah negeri kedua terbaik dari segi bayaran balik pembiayaan di mana 63 peratus peminjamnya  adalah golongan wanita.

“Jadi melihat kepada komitmen bayaran balik yang baik itu maka TEKUN memberikan keutamaan kepada mereka ini untuk membuat pembiayaan baharu,” katanya pada sidang media selepas majlis perjumpaan dengan warga TEKUN Negeri Sarawak di sini, hari ini.

Hadir sama Pemangku Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif TEKUN Nasional Datuk Adam Abd Ghani.

Dalam pada itu, Suparadi berkata, TEKUN turut bekerjasama dengan Pembangunan Industri dan Usahawan Sarawak dalam usaha untuk mengenal pasti usahawan yang layak dibantu khususnya dalam bidang pertanian

“Bidang pertanian menjadi skop keutamaan TEKUN, selaras dengan usaha kerajaan negeri yang mahu menjadikan Sarawak sebagai Hab Pertanian.

“Dari segi penyediaan tanah untuk pertanian pula, ia akan diuruskan oleh kerajaan persekutuan dengan kerjasama kerajaan negeri,” katanya.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Azis Jamman cedera ringan terlibat nahas jalan raya di Nabalu, Kundasang

 
     

Projek pembinaan ECRL beri keutamaan kepada rakyat tempatan - MB

 
     

Sembilan pili air awam bagi hadapi gangguan bekalan air bermula esok

 
     

Konsul Indonesia di Pulau Pinang mahu penjelasan kes Adelina

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel