Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Yusof gesa rakyat Sabah adaptasi konsep pembelajaran sepanjang hayat


Tarikh kemaskini: 22/01/2019





KOTA KINABALU, 22 Jan (Bernama) -- Menteri Pelajaran dan Inovasi Sabah Datuk Dr Yusof Yacob menggesa rakyat di negeri ini supaya mengadaptasi konsep pembelajaran sepanjang hayat ke arah mengemaskini ilmu pengetahuan dimiliki sekali gus memastikan mereka terus relevan dalam era globalisasi dan perkembangan teknologi semasa.

Yusof berkata konsep pembelajaran sepanjang hayat itu juga berupaya melahirkan rakyat Sabah produktif yang mampu memacu pembangunan dan kemajuan negeri ke tahap lebih tinggi menerusi kemahiran, kreativiti, inovasi serta idea-idea baharu.

“Tidak semestinya sudah ada pekerjaan kita tidak berusaha meningkatkan tahap pengetahuan dan hanya berada di zon selesa. Kita perlu menambah ilmu memandangkan dunia berubah pantas begitu juga teknologi yang mendorong kepada wujud pendekatan baharu dalam pelbagai bidang.

“Jika kita tidak mengamalkan konsep pembelajaran sepanjang hayat dan berusaha mempelajari ilmu pengetahuan baharu dikhuatiri kita akan jauh ketinggalan,” katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Akademi Sukan Kolej Sidma dan menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman antara Kolej Sidma; Kementerian Belia dan Sukan Sabah; Fortis Invictus Sdn Bhd; dan KK Event House Sdn Bhd.

Yusof berkata kerajaan negeri amat mengalu-alukan  penubuhan akademi sukan itu bagi memberi peluang kepada atlet Sabah khususnya yang pernah mengharumkan nama negeri melanjutkan pelajaran dan meningkatkan kemahiran berdasarkan bidang bersesuaian selain memastikan atlet terbabit mempunyai pekerjaan sekiranya tidak lagi aktif bersukan.

Seramai 34 atlet Sabah telah dikenal pasti sebagai kumpulan pertama melanjutkan pengajian peringkat sijil dan diploma di akademi sukan itu pada April ini.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Saya diminta letak jawatan - Bekas pegawai bank Ambank

 
     

Kerajaan lulus RM34 juta untuk sambung bina rumah kedua generasi Felcra

 
     

Najib tidak pernah tanya mengenai terlebih pengeluaran dalam akaunnya - Saksi

 
     

Rumah 20 peserta projek Mesej Abai, Kinabatangan dibina tahun ini

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel