Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Mayat wanita tanpa identiti ditemukan di Miri


Tarikh kemaskini: 22/01/2019





MIRI, 22 Jan (Bernama) -- Seorang wanita dipercayai warga asing ditemukan mati terbaring di atas jalan sebelah sebuah bangunan di Tanjung Lobang pukul 3.05 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Miri ACP Lim Meng Seah berkata, mayat wanita itu telah dijumpai oleh orang awam yang terus menghubungi polis dan berdasarkan pemeriksaan pegawai perubatan yang tiba di lokasi,  wanita berkenaan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Identiti wanita maut itu masih belum dikenal pasti namun dipercayai warga asing dalam lingkungan 20-an,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Lim berkata, hasil siasatan awal mendapati mangsa dipercayai terjatuh dari bilik tidur di tingkat atas  bangunan tersebut dan tiada sebarang unsur jenayah.

Menurutnya, setakat ini kes kematian mangsa diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Tiada penangguhan, perbicaraan 1MDB Najib kekal 19 Ogos

 
     

Undi 18: SPR adakan sesi libat urus dengan pihak berkenaan

 
     

Penubuhan KPSM inisiatif tingkatkan sosioekonomi pekebun kecil

 
     

Polis tidak berat sebelah siasat tuduhan Exco rogol pembantu rumah

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel