Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

133 mangsa banjir masih di empat pusat pemindahan


Tarikh kemaskini: 22/01/2019





KUCHING, 22 Jan (Bernama) -- Jumlah mangsa banjir di Bahagian Kuching yang ditempatkan di empat pusat pemindahan sementara (PPS) masih kekal seramai 133 orang daripada 32 keluarga setakat 8 pagi ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak dalam satu kenyataan di sini berkata 32 mangsa daripada sembilan keluarga terjejas ditempatkan di Dewan Sinaran Kampung Sungai Lumut.

Sementara 27 orang daripada lima keluarga pula ditempatkan di Surau Ar Rahman di Kampung Sungai Batu.

Di daerah Lundu, 42 orang daripada 11 keluarga masih ditempatkan di Balai Raya Kampung Paon, Lundu dan 32 orang daripada tujuh keluarga ditempatkan di Pusat Pemindahan SK Sebat di Sematan, Lundu.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Konsul Indonesia di Pulau Pinang mahu penjelasan kes Adelina

 
     

Penganjuran e-sukan menguntungkan negara

 
     

Takaful IKHLAS perkenal IWE sebagai platform peserta bantu masyarakat

 
     

Polis Kedah rampas syabu RM2.5 juta, tahan keldai dadah

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel