Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Ketegasan Dr Mahathir tidak jejas kedatangan pelancong ke Malaysia


Tarikh kemaskini: 20/01/2019





SIPITANG, 20 Jan (Bernama) -- Ketegasan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung isu yang melibatkan Israel tidak menjejas kedatangan pelancong asing ke negara ini.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Mohammadin Ketapi berkata pendirian negara adalah jelas sebelum ini namun tidak mengurangkan jumlah pelancong termasuk mereka dari negara yang mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Dwi Tahunan Persatuan Kadayan Sabah (PAADIAN) di Dewan Serbaguna, Sipitang di sini hari ini.

Pada 10 Jan lepas, Dr Mahathir berkata kerajaan kekal dengan pendirian untuk tidak membenarkan atlet Israel bertanding pada Kejohanan Renang Para Dunia 2019 di Kuching Julai depan, dan sekiranya mereka berdegil mahu menyertainya ia adalah satu kesalahan.

Sebelum ini, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga menyatakan sokongannya terhadap pendirian kerajaan itu yang dianggapnya tepat dan selaras dengan dasar luar Malaysia yang tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Lelaki hilang ketika menangkap ikan di Sungai Segaliud, Kinabatangan

 
     

Kemarau: hutan di tiga jajahan berisiko tinggi kebakaran

 
     

Mayat penumpang jatuh feri ditemui

 
     

Liew terkejut keputusan Bersatu mahu tubuh cawangan di Sabah

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel