Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Bantuan am bulanan OKU dinaikkan - exco


Tarikh kemaskini: 16/01/2019




SEREMBAN, 16 Jan (Bernama) -- Bantuan Am terhadap seramai 2,490 golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) di Negeri Sembilan dinaikkan kepada maksimum RM270 sebulan.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Hal Ehwal Wanita, Keluarga dan Kebajikan Nicole Tan Lee Koon berkata bayaran tersebut akan mula dibayar pada bulan hadapan.

“Terdapat tiga kategori di bawah Bantuan Am untuk golongan OKU di mana untuk kategori OKU fizikal, bantuan bulanan dinaikkan kepada RM200 berbanding RM140.

“Manakala OKU pelbagai, dinaikkan dari RM200 kepada RM270 dan bagi kategori terlantar yang dijaga keluarga, Bantuan Am yang diterima kekal pada kadar RM270,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Tan berkata kerajaan negeri telah memperuntukkan RM1.79 juta untuk menampung kenaikan tambahan bayaran bantuan ini.

“Pada masa hadapan, saya akan mencadangkan kepada kerajaan negeri untuk memperluaskan kenaikan Bantuan Am kepada kategori lain seperti ibu tunggal dan sebagainya,” katanya.

Sementara itu, Tan berkata kerajaan negeri tidak boleh menghalang kenaikan yuran taska di negeri ini kerana memahami beban kos pelbagai yang perlu ditanggung pengusaha taska.

“Saya sudah mengadakan pertemuan dengan Persatuan Pengusaha Taman Asuhan Kanak-Kanak di negeri ini, dan mereka telah menjelaskan keperluan untuk dinaikkan yuran bulanan kerana perlu menanggung gaji minimum yang ditetapkan kerajaan, sewa premis dan kos operasi,” katanya.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Undi 18: SPR adakan sesi libat urus dengan pihak berkenaan

 
     

Penubuhan KPSM inisiatif tingkatkan sosioekonomi pekebun kecil

 
     

Polis tidak berat sebelah siasat tuduhan Exco rogol pembantu rumah

 
     

Program 'Anak Kami' PPIM bantu bayi tidak sah taraf dapat keluarga angkat

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel