Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Transformasi teknologi baja baru untuk tingkat hasil pertanian


Tarikh kemaskini: 16/01/2019





KOTA BHARU, 16 Jan (Bernama) -- Pertubuhan Peladang Negeri Kelantan akan menggunakan transformasi teknologi baja baru untuk meningkatkan hasil pertanian, sekali gus menambah pendapatan peladang di negeri ini.

Pengurus Besarnya Mozamir Hussein berkata, baja Zebra Super Zeolite keluaran syarikat bersekutunya, SD Logistic itu dijangka akan diperkenalkan kepada peladang di negeri ini mulai tahun ini.

"Usaha untuk menggunakan teknologi baru ini diambil memandangkan kebanyakan tanah pertanian yang ada di negeri ini sudah berasid disebabkan penggunaan baja yang mempunyai bahan kimia yang sedikit sebanyak membantutkan pengeluaran hasil pertanian," katanya kepada pemberita pada program memperkenalkan Teknologi Baja Super Zeolite di Institut Pengurusan Peladang, Panji disini hari ini.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekuti SD Logistic & Trading, Ferdaus Kayau.

Mozamir berkata baja yang menggunakan bahan semula jadi itu mempunyai pelbagai kebaikan untuk memulih tanah, antaranya dapat menyahtoksid bahan kimia dan racun yang ada dalam tanah.

"Pada kebiasaanya, satu hektar tanah yang tidak beracun dan berasid boleh mengeluarkan hasil padi mencecah sehingga empat tan ke atas, tetapi tanah di negeri ini hanya mampu mengeluarkan dua tan padi bagi keluasan satu hektar.

"Baja ini juga dapat mengurangkan kos penyelenggaraan tanah tanaman memandangkan ia menguatkan daya tahan tanaman daripada pelbagai serangan penyakit," katanya.

Mozamir berkata walaupun keluasan kawasan penanaman masih sama tetapi teknologi transformasi baja baru itu dapat meningkatkan hasil pertanian sekali gus membantu sosioekonomi peladang.

"Pihak kami menjangkakan penambahan hasil pertanian di negeri ini terutama penanaman padi meningkat sekali ganda berbanding kebiasaannya apabila menggunakan formula baja Zeolite ini," katanya.

"Sasaran pihak kami agar pengeluaran hasil padi selepas ini dapat meningkat sehingga empat tan bagi satu hektar tanah sekali gus dapat mengurangkan kebergantungan permintaan penduduk negeri ini dari negara luar," katanya.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Kerajaan PH akan terus laksana polisi beri manfaat pada rakyat

 
     

Seramai 70 peserta sertai Raleigh Borneo Expedition 2019

 
     

Rosmah pohon jaminan kos RM500,000 daripada syarikat barang kemas Lubnan

 
     

Separuh penjawat awam terlibat rasuah adalah golongan muda

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel