Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Tuntutan palsu: Dua pegawai Felda direman lima hari


Tarikh kemaskini: 16/01/2019





IPOH, 16 Jan (Bernama) – Dua pegawai Felda ditahan reman lima hari mulai hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes mengemukakan tuntutan palsu bagi bayaran kerja pembinaan dan bersubahat memperakukan kerja membina tembok penahan runtuhan rumah peneroka Felda Trolak Selatan, Sungkai.

Perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Siti Hanum Mohmad Sah setelah menerima permohonan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Kedua-dua suspek iaitu Penolong Pengarah di Ibu Pejabat Felda berumur 39 tahun dan Pegawai Kanan Felda Trolak berumur 33 tahun yang memakai baju lokap SPRM dibawa ke Mahkamah Ipoh pada pukul 11 pagi tadi.

Semalam, seorang kontraktor dan eksekutif teknikal sebuah syarikat pengurusan hartanah ditahan reman empat hari bermula semalam bagi membantu siasatan kes tersebut.

Pengarah SPRM Perak Datuk Zainul Darus semalam berkata tuntutan palsu itu dibuat sedangkan kerja-kerja yang dibuat tidak mengikut spesifikasi 'Bill Of Quantity' yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Tender bernilai RM137,900.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2019.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Azis Jamman cedera ringan terlibat nahas jalan raya di Nabalu, Kundasang

 
     

Projek pembinaan ECRL beri keutamaan kepada rakyat tempatan - MB

 
     

Sembilan pili air awam bagi hadapi gangguan bekalan air bermula esok

 
     

Konsul Indonesia di Pulau Pinang mahu penjelasan kes Adelina

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel