Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Dua maut selepas lori rempuh treler di LPT


Tarikh kemaskini: 16/01/2019




KUANTAN, 16 Jan (Bernama) -- Dua lelaki maut selepas lori dinaiki merempuh belakang treler membawa muatan batu di kilometer 197.2 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) arah timur, awal pagi ini. 

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Pahang Supt Kamarulzaman Jusoh berkata kemalangan pukul 5.20 pagi itu menyebabkan Mohd Faizal Abdullah, 38, dan Suhaimi Abdullah, 47, maut di tempat kejadian. 

Ketika kejadian, lori yang dipandu Mohd Faizal itu dipercayai dalam perjalanan dari Pasar Selayang, Selangor untuk pulang ke Kuantan. 

"Lori yang berada di lorong kiri jalan dipercayai merempuh bahagian belakang treler menyebabkan ia diseret sejauh 150 meter sebelum treler dapat berhenti sepenuhnya. 

"Kemalangan menyebabkan kedua-dua mangsa tersepit di tempat duduk masing-masing selain lori itu juga rosak teruk pada bahagian hadapan serta tayar depan pecah," katanya kepada pemberita di sini, hari ini. 

Kamarulzaman berkata jenazah mangsa dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini, untuk bedah siasat. 

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. 

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Kerajaan PH akan terus laksana polisi beri manfaat pada rakyat

 
     

Seramai 70 peserta sertai Raleigh Borneo Expedition 2019

 
     

Rosmah pohon jaminan kos RM500,000 daripada syarikat barang kemas Lubnan

 
     

Separuh penjawat awam terlibat rasuah adalah golongan muda

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel