Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Suspek kes cubaan samun ditemukan lemas di Sungai Besut


Tarikh kemaskini: 16/01/2019




BESUT, 16 Jan (Bernama) -- Mayat suspek kes cubaan samun yang dikatakan terjun ke Sungai Besut dua hari lepas ditemukan pukul 8.42 pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jertih, Hanaffi Mohd berkata mayat lelaki berusia 45 tahun itu dijumpai pada jarak tiga meter oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dari lokasi dia dilihat hampir lemas oleh penduduk kampung.

“Keadaan awal pagi dan air sungai yang tenang memudahkan pasukan penyelamat membuat pencarian dan dalam tempoh 24 jam pencarian, kita berjaya menemuinya dan seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Suspek sebelum ini dilaporkan cuba menyamun seorang wanita warga emas berusia 62 tahun yang merupakan penternak lembu di Kampung Dengir, di sini dan bertindak melarikan diri selepas mangsa menjerit meminta pertolongan.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Kerajaan PH akan terus laksana polisi beri manfaat pada rakyat

 
     

Seramai 70 peserta sertai Raleigh Borneo Expedition 2019

 
     

Rosmah pohon jaminan kos RM500,000 daripada syarikat barang kemas Lubnan

 
     

Separuh penjawat awam terlibat rasuah adalah golongan muda

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel