Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Chow mahu projek luaskan l/terbang P. Pinang bermula tahun ini


Tarikh kemaskini: 14/01/2019





GEORGE TOWN, 14 Jan (Bernama) -- Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow berharap projek pengembangan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (PIA) di Bayan Lepas dapat dimulakan menjelang penghujung tahun ini.

Chow berkata PIA yang merupakan pintu masuk utama ke Pulau Pinang khususnya bagi sektor pelancongan kini melepasi  kapasiti maksimum pengendalian penumpang pada 6.6 juta setahun.

Katanya menurut data Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB), PIA merekodkan 7.78 juta pergerakan penumpang tahun lepas berbanding 7.23 juta pada 2017.

“Kami harap kerajaan persekutuan boleh memuktamadkan dan membuat keputusan untuk setidak-tidaknya memanggil tender dan menjelang penghujung tahun ini kerja pembinaan di PIA boleh dimulakan,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Beliau berkata kerajaan negeri mendengar pembentangan usul oleh beberapa pihak mengenai cadangan menstrukturkan semula PIA namun sehingga kini belum ada keputusan akhir daripada kerajaan persekutuan.

“Malah sebelum Pilihan Raya Umum ke-14, MAHB mengusulkan untuk meningkatkan kapasiti PIA kepada 12 juta penumpang namun kami dimaklumkan (pada masa itu) bahawa Kementerian Pengangkutan dalam proses menstrukturkan semula semua konsesi dan pengurusan lapangan terbang,” katanya

Chow berkata berikutan keadaan kesesakan semasa di PIA, tiada ruang lagi untuk menambah ketibaan penerbangan.

“Tiada siapa yang mahu terbang masuk atau keluar dari lapangan terbang di bandar raya pada 3 pagi dan ini akan menjejaskan syarikat penerbangan yang mahu menambah kekerapan penerbangan mereka,” katanya.

Sementara itu, Pengurus Besar Penang Global Tourism  Ooi Chok Yan berkata PIA turut merekodkan pertumbuhan dari segi penerbangan terus serta peningkatan kekerapan penerbangan ke Pulau Pinang tahun lepas.

Beliau berkata antara penerbangan terus dari Pulau Pinang yang diperkenalkan tahun lepas ialah AirAsia ke Hanoi, Vietnam dan Phuket, Thailand; Malindo Air ke Banda Aceh di Indonesia serta Nanning di China; Citilink ke Jakarta dan Surabaya di Indonesia; dan Qatar Airways ke Doha, Qatar.

“Bagi peningkatan kekerapan penerbangan, tahun lepas Cathay Pacific meningkatkan penerbangannya ke Hong Kong kepada 14 kali seminggu, manakala Qatar Airways menambah penerbangan ke Doha empat kali seminggu, China Airlines ke Taipei (tujuh kali seminggu), Firefly ke Phuket (tujuh kali seminggu) dan Citilink ke Jakarta (14 kali seminggu),” katanya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Tiada penangguhan, perbicaraan 1MDB Najib kekal 19 Ogos

 
     

Undi 18: SPR adakan sesi libat urus dengan pihak berkenaan

 
     

Penubuhan KPSM inisiatif tingkatkan sosioekonomi pekebun kecil

 
     

Polis tidak berat sebelah siasat tuduhan Exco rogol pembantu rumah

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel