Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Chikungunya : Perlis perketat kawalan pintu sempadan


Tarikh kemaskini: 14/01/2019




KANGAR, 14 Jan (Bernama) -- Agensi yang bertugas di sempadan Malaysia-hailand diarah memperketat kawalan terhadap kemasukan orang ramai termasuk pelancong ke negara ini bagi mengelak penularan virus Chikungunya yang telah melanda Hat Yai, Thailand.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan Negeri, Teh Chai Ann berkata Jabatan Kesihatan negeri juga telah diminta mengambil tindakan selanjutnya bagi mencegah jangkitan virus itu. 

"Tumpuan diberi di tiga pintu masuk utama sempadan Malaysia-Thailand (iaitu) Padang Besar, Wang Kelian dan Kuala Perlis yang menjadi pilihan pelancong dari Satun (Thailand)," katanya di sini, hari ini. 

Teh turut menasihati para pelancong yang pulang dari destinasi percutian di negara itu agar segera mendapatkan pemeriksaan doktor jika mendapati tanda-tanda seperti demam, sakit kepala dan ruam pada badan.

Media tempatan Thailand, Bangkok Post baru-baru ini melaporkan wabak virus Chikungunya, jangkitan penyakit virus yang merebak kepada manusia melalui gigitan nyamuk Aedes, yang endemik di kawasan tropika terutamanya Afrika, dilaporkan dikesan di Hat Yai.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Sembilan pili air awam bagi hadapi gangguan bekalan air bermula esok

 
     

Konsul Indonesia di Pulau Pinang mahu penjelasan kes Adelina

 
     

Penganjuran e-sukan menguntungkan negara

 
     

Takaful IKHLAS perkenal IWE sebagai platform peserta bantu masyarakat

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel