Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Gangguan bekalan air sekitar Kamunting Rabu ini - LAP


Tarikh kemaskini: 14/01/2019





TAIPING, 14 Jan (Bernama) -- Penduduk di kawasan Kamunting dinasihati menyimpan bekalan air secukupnya pada Rabu ini susulan gangguan bekalan yang dijangka bermula 10 pagi hingga 6 petang pada hari berkenaan.

Dalam satu kenyataan hari ini, Lembaga Air Perak (LAP) Wilayah Barat berkata gangguan dijangka melibatkan 11 kawasan iaitu Taman Kota Wira, Taman Lela, Taman Rakyat, Kampung Ulu Sepetang, Taman Larah Ria, Ladang Malakof, Taman Sri Kurau, Kampung Changkat Larah, Taman Larah Aman, Kampung Sungai Relong dan Taman Juta.

Gangguan ini disebabkan kerja-kerja sambungan paip yang sedang dijalankan oleh kontraktor LAP, demikian menurut kenyataan itu.

Sebarang masalah atau pertanyaan boleh dikemukakan kepada Pusat Operasi LAP Taiping menerusia talian 05-8911437 atau toll Free 1-800-88-7788.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Azis Jamman cedera ringan terlibat nahas jalan raya di Nabalu, Kundasang

 
     

Projek pembinaan ECRL beri keutamaan kepada rakyat tempatan - MB

 
     

Sembilan pili air awam bagi hadapi gangguan bekalan air bermula esok

 
     

Konsul Indonesia di Pulau Pinang mahu penjelasan kes Adelina

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel