Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Enam negara berentap Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah 2019


Tarikh kemaskini: 14/01/2019





IPOH, 14 Jan (Bernama) – Enam negara dalam kelompok 20 pasukan terbaik dunia akan berentap pada Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah edisi ke-28, yang bakal berlangsung di Stadium Hoki Sultan Azlan Shah di sini, dari 23 hingga 30 Mac ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Piala Sultan Azlan Shah, Datuk Abd Rahim Mohd Ariff berkata negara tersebut adalah India yang berada pada ranking kelima dunia, Kanada (10), Afrika Selatan (16), Korea Selatan (17), Jepun (18) dan tuan rumah Malaysia (13).

Beliau berkata juara bertahan Australia tidak dapat menyertai kejohanan kali ini kerana terlibat dalam Liga Profesional Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH) yang dijadualkan dari Jan hingga Jun.

"Walaupun pasukan gergasi seperti Australia dan New Zealand tidak dapat menyertai kejohanan kali ini, tetapi juara Sukan Asia, Jepun akan menyertainya.

"Jadi rakyat Malaysia berpeluang melihat perlawanan ulangan antara Jepun dan Malaysia, mungkin ini satu perlawanan yang ditunggu-tunggu," katanya kepada pemberita pada sidang media di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Abd Rahim berkata ketiadaan pasukan gergasi berkenaan pada kejohanan kali ini juga akan membuka peluang keemasan untuk 'Malaysia Tigers' menjadi juara buat kali pertama sejak kejohanan itu dipertandingkan pada tahun 1983.???????

Untuk rekod, sepanjang kejohanan itu dipertandingkan pencapaian tertinggi pasukan hoki kebangsaan adalah menjadi naib juara sebanyak empat kali, katanya.

"Melihat pada ranking pasukan yang menyertai kejohanan kali ini pencabar utama adalah India yang berada di ranking kelima dunia tapi kehebatan Jepun sebagai juara Sukan Asia juga perlu diberi perhatian.

"Peluang Malaysia amat cerah untuk masuk ke final dan kita harapkan edisi ke-28 ini menjadi detik bersejarah buat pasukan negara," katanya.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Azis Jamman cedera ringan terlibat nahas jalan raya di Nabalu, Kundasang

 
     

Projek pembinaan ECRL beri keutamaan kepada rakyat tempatan - MB

 
     

Sembilan pili air awam bagi hadapi gangguan bekalan air bermula esok

 
     

Konsul Indonesia di Pulau Pinang mahu penjelasan kes Adelina

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel