Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

KKMM pastikan semua rakyat Sarawak dapat akses internet - Gobind


Tarikh kemaskini: 14/01/2019





KUCHING, 14 Jan (Bernama) — Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Gobind Singh Deo mahu memastikan perkhidmatan internet bertaraf antarabangsa dinikmati oleh seluruh masyarakat khususnya di Sabah dan Sarawak.

Beliau berkata, walaupun terdapat cabaran seperti kedudukan geografi di Sabah dan Sarawak yang bergunung-ganang dan kawasan yang terpencil, perkara itu perlu diatasi.

“Kerajaan perlu lihat bagaimana cara kita boleh pastikan semua rakyat Malaysia mendapat akses kepada internet.

“Kementerian mahu tekankan kepada internet, yang mempunyai kualiti internet berkelas dunia, iaitu dengan kelajuan minimum 10 Mbps dan 40 Mbps dan dalam persekitaran yang baik,” katanya ketika ditemu bual bersama stesen radio Sarawakfm di RTM Kuching, hari ini.

Beliau juga menekankan mengenai kos penggunaan internet di mana pihaknya mahukan kadar yang tidak terlalu tinggi dikenakan kepada pengguna.

“Jika kos penggunaan internet terlalu tinggi, ia akan mengakibatkan sebahagian rakyat tidak mampu untuk mengguna perkhidmatan internet,” katanya.

Sementara itu, menurut beliau, setelah mempunyai kemudahan internet dan infrastruktur yang mencukupi, kerajaan seharusnya mempunyai program-program yang mendidik rakyat supaya menggunakan teknologi berkenaan untuk meningkatkan taraf kehidupan.

“Satu perkara yang saya lihat ialah kita boleh bawa kemudahan internet ini ke kawasan luar bandar. Banyak peniaga kecil yang boleh mengguna internet untuk pasaran yang lebih luas,” katanya.

Selain itu, beliau berkata akses internet tidak terhad kepada perniagaan, malah bidang perbankan, pendidikan dan perubatan juga mendapat manfaat yang sama.

“Misalnya perbankan, ramai yang pergi ke bank untuk memeriksa baki akaun. Tetapi jika gunakan kemudahan internet itu, kita tidak perlu lagi ke bank sebaliknya hanya menerusi perbankan secara internet,” katanya.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Azis Jamman cedera ringan terlibat nahas jalan raya di Nabalu, Kundasang

 
     

Projek pembinaan ECRL beri keutamaan kepada rakyat tempatan - MB

 
     

Sembilan pili air awam bagi hadapi gangguan bekalan air bermula esok

 
     

Konsul Indonesia di Pulau Pinang mahu penjelasan kes Adelina

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel