Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Kebajikan rakyat jadi tumpuan kerajaan - Madius


Tarikh kemaskini: 14/01/2019





TENOM, 14 Jan (Bernama) -- Kerajaan negeri Sabah memberikan tumpuan terhadap aspek meringankan beban dan memastikan rakyat memperoleh sumber pendapatan yang berterusan.

Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Wilfred Madius Tangau berkata bagi memastikan ia tercapai, kerajaan negeri menggerakkan semua jentera yang ada dan bekerjasama dengan kementerian dan agensi kerajaan negeri yang ada.

Katanya dalam tempoh tujuh bulan selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), kerajaan negeri baharu telah mengorak langkah dari segi perancangan yang harus dibuat dan banyak masa telah dikhususkan dalam perkara ini.

“Ini termasuk memperkukuhkan jentera, antaranya membabitkan hal-hal pelantikan pasukan baharu termasuk di kementerian dan agensi kerajaan negeri,” katanya kepada Bernama selepas Majlis Rumah Terbuka Krismas Pertubuhan Pasok Momogun Kadazandusun dan Murut Bersatu (UPKO) di sini, semalam.

Wilfred Madius yang juga Menteri Perdagangan dan Perindustrian Sabah berkata di kementeriannya tumpuan diberikan dalam perancangan pelaburan domestik dan luar negara.

Katanya dalam menggalakkan pelaburan domestik dan luar negara, sudah tentu cabaran berkaitan dengan pekerja sama ada tempatan atau asing perlu ditangani.

Menurutnya di pihak industri keperluan pekerja sama ada tempatan atau asing itu sangat penting, namun cabaran yang berlaku adalah kerajaan berhadapan dengan pelbagai tohmahan, tuduhan dan salah faham daripada pihak tertentu.

Beliau berkata kementeriannya  sedang dalam usaha secara menyeluruh untuk mengumpul data termasuk data industri serta yang berkaitan pekerja.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Tiada penangguhan, perbicaraan 1MDB Najib kekal 19 Ogos

 
     

Undi 18: SPR adakan sesi libat urus dengan pihak berkenaan

 
     

Penubuhan KPSM inisiatif tingkatkan sosioekonomi pekebun kecil

 
     

Polis tidak berat sebelah siasat tuduhan Exco rogol pembantu rumah

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel