Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Bom lama ditemukan dalam kebun


Tarikh kemaskini: 13/01/2019




KUDAT, 13 Jan (Bernama) -- Sebutir bom lama peninggalan perang dua kedua ditemukan oleh seorang lelaki ketika dia sedang membersihkan kawasan kebun di Kampung Pinangsoo, dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kudat, Supt Mohd Firdaus Francis Abdullah berkata Balai Polis Kudat menerima laporan daripada lelaki berkenaan mengenai penemuan satu objek yang disyaki bom pada kira-kira pukul 2.00 petang.

Beliau berkata pegawai dan anggota Cawangan Persenjataan dan Unit Pemusnah Bom (UPB) kemudiannya bergegas ke lokasi, dan mengenalpasti objek itu sebagai sebutir bom jenis Airbomb peninggalan perang dunia kedua.

Katanya segala langkah-langkah keselamatan kemudiannya diambil bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini berlaku, antaranya menghentikan kerja-kerja pengorekan tanah sekitar kawasan itu, menutup jalan masuk, membuat garisan kuning polis di lokasi dan memaklumkan kepada orang awam, pihak sekolah serta penduduk yang berhampiran bahawa kawasan itu adalah kawasan larangan.

Mohd Firdaus memberitahu pemberita UPB dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah dijangka akan meletupkan bom berkenaan esok.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Tiada penangguhan, perbicaraan 1MDB Najib kekal 19 Ogos

 
     

Undi 18: SPR adakan sesi libat urus dengan pihak berkenaan

 
     

Penubuhan KPSM inisiatif tingkatkan sosioekonomi pekebun kecil

 
     

Polis tidak berat sebelah siasat tuduhan Exco rogol pembantu rumah

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel