Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

81 rumah, 2 kuarters guru musnah terbakar di karakit, Pulau Banggi


Tarikh kemaskini: 13/01/2019





KOTA KINABALU, 13 Jan (Bernama) -- Sebanyak 81 rumah dan dua kuarters guru sekolah musnah terbakar di Kampung Karakit, Pulau Banggi dekat Kudat, hari ini.

Menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah, panggilan kecemasan mengenai kebakaran itu diterima pada jam 3.26 petang??????.

Lima belas anggota bomba diketuai Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kudat Ishak Jabas bergegas ke lokasi kebakaran yang terletak kira-kira 40 kilometer dari Pekan Kudat dengan menaiki bot Agensi Penguatkuasaan  Maritim Malaysia.

Apabila bomba tiba di pulau itu, kebakaran sudah memusnahkan 81 rumah yang terletak di atas air dan darat, dua kuarters guru Sekolah Kebangsaan (SK) Karakit dan sebuah kenderaan pacuan empat roda, kata  kenyataan itu.

Katanya, kebakaran itu menyebabkan 303 orang kehilangan tempat tinggal dan mereka ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara di SK Karakit, Sekolah Agama Negeri Karakit dan Rumah Rehat Pejabat Daerah Pulau Banggi.

Operasi memadam kebakaran tamat sepenuhnya pada jam 6.30 petang dan tiada laporan kecederaan  diterima.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Sembilan pili air awam bagi hadapi gangguan bekalan air bermula esok

 
     

Konsul Indonesia di Pulau Pinang mahu penjelasan kes Adelina

 
     

Penganjuran e-sukan menguntungkan negara

 
     

Takaful IKHLAS perkenal IWE sebagai platform peserta bantu masyarakat

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel