uctqPLY0PSQ Insiden tebusan mengejutkan penghuni apartmen Telipok Ria
Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Insiden tebusan mengejutkan penghuni apartmen Telipok Ria


Tarikh kemaskini: 13/01/2019





TUARAN, 13 Jan (Bernama) -- Insiden kanak-kanak perempuan yang dijadikan tebusan di sebuah apartmen di Telipok Ria di sini mengejutkan penduduk di kawasan itu.

Menurut saksi Arwan Hatta, 49, ketika kejadian beliau berada di luar rumahnya dan melihat suspek naik ke bahagian atas apartmen itu sebelum masuk ke dalam salah sebuah unit di situ.

Beliau berkata suspek kemudian keluar dari unit berkenaan sebelum mengambil kanak-kanak perempuan yang sedang bermain di luar unit di tingkat empat apartmen itu.

"Suspek kemudiannya mengeluarkan pisau sebelum mengacukan ke leher kanak-kanak itu dan membawanya masuk ke dalam bilik di salah sebuah unit di tingkat atas.

"Selepas itu saya berteriak sambil berkata ada pencuri anak sebelum jiran-jiran datang membantu," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Arwan yang menjadi penghuni apartmen itu sejak sembilan tahun berkata kanak-kanak itu meskipun mengalami kecederaan tetapi tidak menangis.

Kanak-kanak itu kemudian berjaya diselamatkan.

Arwan berkata hasil bantuan jiran-jiran mereka berjaya memecahkan pintu unit yang dijadikan tempat menahan kanak-kanak itu sebagai tebusan.

"Tetapi pada ketika itu suspek berada di dalam tandas sambil menyiram air ke atas kanak-kanak dan mengugut supaya kami tidak merapatinya," katanya.

Sementara itu, Jemati Maidun, 47, yang tinggal berhampiran berkata beliau bergegas ke tempat kejadian apabila mengetahui insiden itu.

Beliau yang mahu ke hospital terpaksa membatalkan hasratnya kerana risau akan nasib kanak-kanak itu yang ketika itu difahamkan mengalami kecederaan di leher. 

Seorang remaja Nordiya Laila,15, merasa terkejut dengan kejadian itu kerana ia pertama kali berlaku di kawasan itu.

"Saya dengan kawan-kawan terkejut apabila mendengar ada budak perempuan kena culik di kawasan tempat kami tinggal," katanya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Tiada penangguhan, perbicaraan 1MDB Najib kekal 19 Ogos

 
     

Undi 18: SPR adakan sesi libat urus dengan pihak berkenaan

 
     

Penubuhan KPSM inisiatif tingkatkan sosioekonomi pekebun kecil

 
     

Polis tidak berat sebelah siasat tuduhan Exco rogol pembantu rumah

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel