Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

PPM tahan PATI di perairan Pelabuhan Lahad Datu


Tarikh kemaskini: 13/01/2019




LAHAD DATU,  13 Jan (Bernama) -- Pasukan Polis Marin (PPM) menahan empat lelaki pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam Operasi Landai di kawasan perairan  Pelabuhan Lahad Datu di sini, pagi tadi.

Komander PPM Wilayah 4 Sabah, ACP Mohamad Pajeri Ali berkata kesemua mereka ditahan berpandukan  maklumat dari Unit Risikan Marin (URM) yang mengesan dua bot pam yang mencurigakan di kawasan operasi antara pukul 4.30 hingga 4.45 pagi.

"Menyedari kehadiran polis, bot pertama cuba lolos dengan menghala ke arah laut Sabah Baru tetapi berjaya di pintas pasukan peronda dan pemeriksaan mendapati terdapat tiga lelaki berumur antara 18 hingga 26 tahun di bot itu tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah.

Manakala pemeriksaan keatas sebuah lagi bot pam  yang dikendalikan lelaki berumur 32 tahun, turut  didapati  tidak memiliki dokumen pengenalan diri," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Mohamad Pajeri berkata kesemua PATI itu dipercayai telah lama berada di negeri ini.

PATI yang ditahan dengan bot rampasan bernilai RM4,700 dibawa  ke pangkalan Markas Operasi PPM Lahad Datu untuk tindakan lanjut di bawah Seksyen 6(1)c Akta Imigresen 1959/63," katanya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Undi 18: SPR adakan sesi libat urus dengan pihak berkenaan

 
     

Penubuhan KPSM inisiatif tingkatkan sosioekonomi pekebun kecil

 
     

Polis tidak berat sebelah siasat tuduhan Exco rogol pembantu rumah

 
     

Program 'Anak Kami' PPIM bantu bayi tidak sah taraf dapat keluarga angkat

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel