Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Wireless Walk dijangka beroperasi Mac ini


Tarikh kemaskini: 13/01/2019




MIRI, 13 Jan (Bernama) -- Bandar raya Miri bakal mempunyai satu lagi tarikan pelancongan apabila “Wireless Walk” beroperasi Mac  ini.

Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata antara keistimewaan Wireless Walk ialah ia menyediakan kemudahan Internet berkelajuan tinggi untuk kegunaan pengunjung serta pelancong yang melawat kawasan itu.

“Selain itu,  ada juga kumpulan busking membuat persembahan,” katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan rasmi ke tapak projek naik taraf Wireless Walk hari ini.

Abang Johari berkata pengunjung ke kawasan berkenaan juga berpeluang menikmati pelbagai jenis makanan serta produk Sarawak yang akan dijual di situ.

Mengenai kebimbangan kesesakan lalu lintas, beliau berkata Majlis Bandaraya Miri akan memantau keadaan serta menyelesaikan masalah jika berlaku kesesakan trafik yang teruk.

Pembinaan projek di atas laluan sepanjang 500 meter yang bernilai RM3.35 juta  itu bermula pada 19 Feb 2018 dan dijangka siap sepenuhnya penghujung bulan depan. 

Terletak di sepanjang Jalan North Yu Seng yang merupakan jalan paling sibuk di bandar raya ini kerana mempunyai banyak premis hiburan, restoran, hotel dan inap desa, Wireless Walk menawarkan  62 kios makanan, lima lot untuk kendera saji serta kemudahan lain termasuk tandas awam.

Mengulas perkembangan lain, Abang Johari berkata Sarawak akan membuka Pejabat Perdagangan di Bandar Seri Begawan, Brunei yang antara lain menyediakan kemudahan imigresen kepada pengunjung luar negara yang hendak memasuki Sarawak.

Penubuhan Pejabat Perdagangan di Brunei berserta penerbangan terus ke Sarawak oleh Royal Brunei Airlines yang dilancarkan baru-baru ini dijangka dapat membantu meningkatkan lagi kedatangan pelancong luar negara ke negeri ini, katanya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Azis Jamman cedera ringan terlibat nahas jalan raya di Nabalu, Kundasang

 
     

Projek pembinaan ECRL beri keutamaan kepada rakyat tempatan - MB

 
     

Sembilan pili air awam bagi hadapi gangguan bekalan air bermula esok

 
     

Konsul Indonesia di Pulau Pinang mahu penjelasan kes Adelina

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel