Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Pemandu rentung dalam kemalangan di Kuala Penyu


Tarikh kemaskini: 13/01/2019





KOTA KINABALU, 13 Jan (Bernama) -- Seorang pemandu ditemui rentung apabila kenderaan dipandunya terbakar dalam kemalangan di Kampung Janang, Kuala Penyu, awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Penyiasatan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah Johari Dzulkifli berkata kejadian itu  berlaku kira-kira 2.30 pagi Ahad, dan  mayat yang rentung itu masih belum dikenalpasti.

"Siasatan awal di tempat kejadian mendapati kemalangan ini melibatkan sebuah kenderaan Proton Persona yang dipercayai terbabas sehingga menyebabkan ia terbakar. Bomba juga mendapati tiada sebarang unsur khianat di sebalik kejadian ini dan hanya disebabkan oleh kemalangan biasa.

"Jika dilihat keadaan mangsa, dia seperti cuba untuk keluar daripada kenderaan itu tetapi tidak sempat," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Johari berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu kira-kira jam 2.38 pagi sebelum sepasukan pegawai dan anggota Balai Bomba Penyelamat (BBP) Kuala Penyu bergegas ke lokasi bersama sebuah jentera.

Menurutnya, pasukan forensik daripada Ibu Pejabat JBPM Sabah serta pasukan K9 daripada BBP Tuaran turut dikerahkan ke lokasi kejadian bagi membantu siasatan mengenai punca kemalangan tersebut.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Lapan nelayan asing ditahan, tangkap ikan secara haram di perairan Labuan

 
     

Populasi badak sumbu Sumatera tidak lagi dikesan di Sabah

 
     

Kerajaan Kedah pinjam bank luar, tambah baik infrastruktur bekalan air

 
     

Sektor industri disasar sumbang 35 peratus kpd KDNK Sabah menjelang 2030

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel