Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version
 
 

Cheng Rezen dan Kim Nam Joo rangkul anugerah utama pada Anugerah Televisyen Asia


Tarikh kemaskini: 13/01/2019





KUCHING, 12 Jan (Bernama) -- Malam ini, rakyat Sarawak dan komuniti global menyaksikan Cheng Rexen dan Kim Nam Joo dinobatkan, masing-masing sebagai Pelakon Lelaki dan Pelakon Wanita Terbaik pada majlis Anugerah Televisyen Asia (ATA) ke-23 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini.

Aktor dari Taiwan itu menerima anugerah kerana lakonannya dalam Schrodinger’s Cat sementara aktres dari Korea Selatan itu pula meraih anugerah kerana lakonannya sebagai Go Hye-ran dalam Misty.

Anugerah Televisyen Asia ke-23 terdiri daripada lebih 40 kategori dan ia berupa  pengiktirafan tertinggi industri berkenaan kepada syarikat penerbitan bebas di Asia.

Jirayu Tantrakul (Thailand) menerima anugerah Aktor Terbaik sebagai Pelakon Pembantu dalam KOM FAEK (The Lost Art) sementara Sinjai Plengpanich (Thailand) dinobatkan Aktres Terbaik sebagai Pelakon Pembantu kerana lakonannya dalam Ayodhaya. 

Penerima lain yang merangkul anugerah ialah Something In The Rain (Korea Selatan) bagi Siri Drama Terbaik; Kurara: The Dazzling Life of Hokusai’s Daughter (Jepun) bagi Drama Tunggal Terbaik atau Program Telemovie; JTBC (Korea Selatan) bagi Rangkaian Kabel & Satelit Terbaik dan Formosa Television (Taiwan) bagi Penyiar Terestrial Terbaik.

Lebih 50 selebriti terkemuka Asia menghadiri majlis itu dan antaranya ialah Derek Chun, James Kumar, Ase Wang, Maylada Susri, Maneerat Kum-Uan, Hu Gua, Ah Xiang, Louis Scott, Ray Macdonald, Jirayu Tantrakul dan Hoang Yen Shibi. 

Peserta ATA yang lepas termasuk lebih 200 saluran di seluruh Asia termasuk KBS, NHK, HBO, CNN, Bloomberg, BBC, AL-JAZEERA, TV18, Discovery Networks, Imagine Group, Viacom International Media Networks, Astro, Media Prima, PT Televisi Indonesia , Mediacorp, CGTN, PCCW, Formosa, ABS-CBN, BBTV, SMG.

Turut hadir Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dan isteri Datin Patinggi Jumaani Tuanku Jaafar.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Penyelam SAR tunggu situasi ‘slack water’ untuk ikat SUV

 
     

Kerja menaikkan kereta terhumban bermula pukul 9 pagi

 
     

Insiden Jambatan Pulau Pinang: Kejadian kelima sejak 2010

 
     

Pencarian SAR kereta terhumban dijambatan dibahagi 4 sektor

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel