Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Osman tegaskan beliau tidak ceroboh perairan Singapura


Tarikh kemaskini: 13/01/2019




JOHOR BAHRU, 12 Jan (Bernama) -- Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian sekali lagi menegaskan beliau tidak menceroboh kawasan perairan Singapura yang didakwa milik republik itu, Rabu lepas, sebaliknya mahu melihat anggota Jabatan Laut menjalankan tugas.

Beliau berkata lawatan untuk meilhat anggota dan pegawai Jabatan Laut yang bertugas di atas kapal MV Pedoman, kapal induk jabatan itu di kawasan sempadan perairan Malaysia-Singapura itu, bukan bertujuan melakukan provokasi malah ia diketahui oleh Wisma Putra.

"Saya tiada niat melakukan provokasi ke atas negara jiran. Kita tiada niat untuk menceroboh. Kita boleh tunjuk pelan,” katanya kepada pemberita selepas majlis menyalakan tanglung sempena Tahun Baharu Cina, di Taman Impian Emas, di sini malam ini.

Susulan dakwaan tersebut, Singapura menangguhkan mesyuarat Jawatankuasa Bersama Peringkat Menteri untuk Iskandar Malaysia (JMCIM) yang dijadual Isnin dan Selasa ini.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Lihat mesej Himpunan Solidariti, bukan jumlah peserta - Mujahid

 
     

Kerabat Diraja lemas ketika menyelam di Pulau Perhentian

 
     

Pembalakan haram di hutan simpan harus dihentikan di Sabah - Mohd Shafie

 
     

15 penyewa PPR dikenakan tindakan kerana langgar peraturan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel