Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Remaja dikhuatiri lemas ditemukan di Pantai Kemayang


Tarikh kemaskini: 12/01/2019





BACHOK, 12 Jan (Bernama) -- Mayat seorang remaja, Muhammad Fakri Amin Mohamad Asri, 13, yang dikhuatiri lemas selepas tergelincir dari batu tempat dia berpijak di Pantai Kemayang petang semalam,  ditemukan pasukan penyelamat tengah malam tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bachok Penolong Penguasa Bomba Yus Heary Mahmud berkata mayat remaja tersebut ditemui terapung-apung kira-kira 30 meter dari tempat mangsa dilaporkan hilang.

“Operasi mencari dan menyelamat yang dihentikan pukul  7 petang semalam bersambung semula sejam kemudian sehingga mayat mangsa dijumpai,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Yus Heary berkata mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarganya yang berasal dari Lundang, Kota Bharu untuk dikebumikan.

Turut serta dalam operasi mencari dan menyelamat tersebut termasuklah anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, polis  dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia.

Dalam kejadian pukul 6.15 petang semalam, mangsa dikatakan terjatuh selepas tergelincir dari batu tempat dia berpijak manakala kakaknya Noor Attiah, 20, dan seorang rakannya cuba menyelamatkannya namun gagal berikutan arus  deras dan ombak besar.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Lihat mesej Himpunan Solidariti, bukan jumlah peserta - Mujahid

 
     

Kerabat Diraja lemas ketika menyelam di Pulau Perhentian

 
     

Pembalakan haram di hutan simpan harus dihentikan di Sabah - Mohd Shafie

 
     

15 penyewa PPR dikenakan tindakan kerana langgar peraturan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel