Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version
 
 

Mufti Perlis perjelas penamatan imam bukan bidang kuasanya


Tarikh kemaskini: 11/01/2019





RANONG (THAILAND), 11 Jan (Bernama) – Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin menjelaskan penamatan dan penukaran lebih 25 orang imam di Perlis adalah di luar bidang kuasanya.

Katanya keputusan penamatan khidmat dan pertukaran imam-imam tersebut di bawah bidang kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs) dan bukan bidang kuasa Jabatan Mufti.

“Sebenarnya penamatan kontrak imam atau imam yang ditukar ini berlaku di semua negeri, bukan di Perlis sahaja,” kata Mohd Asri kepada Bernama bagi mengulas tindakan beberapa masjid di Perlis yang membuat bantahan aman mendesak supaya khidmat imam-imam tersebut disambung semula.

Mohd Asri berada di sini menyertai Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dalam program Ziarah Mahabbah MAIPs (Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis) ke Wilayah Ranong dan Chumphon. 

Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil juga berkenan menyertainya. Program itu turut disertai Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man.

Sebelum ini tular mengenai tindakan JAIPs menamatkan 25 imam dan 10 lagi ditukarkan ke kariah lain dengan surat bertarikh 31 Dis lepas tanpa menyatakan sebab.

-- BERNAMA 

 

   

 
 
     
   
 

Identiti pemandu kenderaan terhumban ke dalam laut dikenal pasti

 
     

Ketegasan Dr Mahathir tidak jejas kedatangan pelancong ke Malaysia

 
     

Tuduhan Amanah kuda tunggangan dalam PH perkara biasa

 
     

Tiada ugutan, tawaran kepada Tok Batin - Fuziah

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel