Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Peruntukan RM2.3 juta untuk kuil Hindu cerminkan dasar inklusif - Uggah


Tarikh kemaskini: 10/01/2019





KUCHING, 10 Jan (Bernama) -- Masyarakat Hindu di sini akan mempunyai kemudahan ibadat tambahan  berikutan peruntukan RM2.3 juta oleh kerajaan negeri diluluskan untuk pembinaan dewan serbaguna di Kuil Sri Maha Mariamman, Batu Lintang di sini.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah yang juga menteri bertanggungjawab menjaga Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) berkata, langkah itu mencerminkan dasar inklusif kerajaan terhadap  pelbagai agama dan kepercayaan yang dianuti rakyat di Sarawak.

“Jawatankuasa kuil perlu memastikan peruntukan yang diluluskan itu digunakan dengan bijak. UNIFOR akan memantau projek berkenaan untuk memastikan ia dilaksanakan dengan jayanya,” katanya ketika  menyerahkan cek peruntukan itu, yang dibiayai di bawah Projek Rakyat (sebelum ini dikenali sebagai Projek  Walkabout) kepada Kuil Sri Maha Mariamman di sini hari ini.

Bagi projek-projek sebelum ini yang diluluskan pada 2017 dan 2018, beliau berkata UNIFOR turun  padang ke seluruh Sarawak untuk memantau projek berkenaan dan mengesahkan permohonan baharu yang  diterima tahun ini sebelum mengemukakannya kepada Jawatankuasa Penilaian Projek untuk pertimbangan.

“Kerajaan menggesa rakyat supaya mengekalkan toleransi, penerimaan dan saling menghormati dalam  kalangan rakyat dengan pelbagai kepercayaan agama di Sarawak agar kita dapat terus hidup dalam suasana    aman dan harmoni,” katanya.

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Lapan nelayan asing ditahan, tangkap ikan secara haram di perairan Labuan

 
     

Populasi badak sumbu Sumatera tidak lagi dikesan di Sabah

 
     

Kerajaan Kedah pinjam bank luar, tambah baik infrastruktur bekalan air

 
     

Sektor industri disasar sumbang 35 peratus kpd KDNK Sabah menjelang 2030

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel