Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

MBS sokong usaha kerajaan sabah laksana larangan merokok secara berperingkat


Tarikh kemaskini: 10/01/2019





KOTA KINABALU, 10 Jan (Bernama) – Majlis Belia Sabah (MBS) menyokong usaha kerajaan Sabah untuk melaksanakan secara berperingkat penguatkuasaan larangan merokok di premis makanan mulai 1 Feb ini.

Timbalan Presiden MBS Abqaree Fawwaz Abekan berkata penguatkuasaan secara berperingkat larangan itu sangat tepat untuk memberi masa kepada semua agensi dan pemilik premis terlibat untuk membuat persiapan bagi pelaksanaan peraturan berkenaan.

“MBS menyambut baik langkah yang diambil oleh kerajaan Sabah dalam isu berkenaan dan kita berharap peraturan ini dapat dipatuhi oleh semua pihak khususnya kepada pemilik premis dan perokok,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mesyuarat kabinet yang dipengerusikan oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal semalam memutuskan penguatkuasaan sepenuhnya peraturan ini hanya akan dilaksanakan pada 1 Julai dan dilaksanakan secara berperingkat mulai 1 Feb ini.

Abqaree Fawwaz berkata semua pihak khususnya golongan perokok perlu mematuhi larangan berkenaan kerana ia bertujuan untuk menjamin kesihatan dan keselesaan pengunjung premis makanan.

“Selain itu larangan itu juga  dapat mengekalkan kebersihan di kawasan premis berkenaan kerana sebelum ini terdapat premis yang dicemari dengan puntung dan asap rokok,” tambahnya.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Konsul Indonesia di Pulau Pinang mahu penjelasan kes Adelina

 
     

Penganjuran e-sukan menguntungkan negara

 
     

Takaful IKHLAS perkenal IWE sebagai platform peserta bantu masyarakat

 
     

Polis Kedah rampas syabu RM2.5 juta, tahan keldai dadah

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel