Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Wanita rugi RM12,000 ditipu 'polis' dari Johor


Tarikh kemaskini: 10/01/2019





BINTULU, 10 Jan (Bernama) -- Seorang pegawai akaun rugi RM12,000 diperdayakan oleh seorang lelaki yang menyamar sebagai pegawai polis dari Muar, Johor Selasa lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Sarawak Supt Mustafa Kamal Gani Abdullah berkata, mangsa seorang wanita berusia 30 tahun dihubungi lelaki berkenaan melalui nombor telefon 018-673229 pada hari kejadian dan mendakwa mangsa terlibat dalam kes langgar lari.

“Lelaki itu memberitahu kenderaan yang didaftarkan atas nama mangsa terlibat dalam kes langgar lari serta di dalam kenderaan tersebut mengandungi dadah.

“Lelaki itu juga memberitahu mangsa terlibat dalam pengubahan wang haram dan menunjukkan waran tangkap ke atas mangsa melalui WhatsApp,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mustafa berkata mangsa telah memasukkan wang berjumlah RM12,000 ke akaun Public Bank seperti diarahkan lelaki berkenaan sebagai jaminan kepada mahkamah, setelah menyedari ditipu, mangsa membuat  laporan polis semalam.

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Saya diminta letak jawatan - Bekas pegawai bank Ambank

 
     

Kerajaan lulus RM34 juta untuk sambung bina rumah kedua generasi Felcra

 
     

Najib tidak pernah tanya mengenai terlebih pengeluaran dalam akaunnya - Saksi

 
     

Rumah 20 peserta projek Mesej Abai, Kinabatangan dibina tahun ini

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel