Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Pengasuh disyaki dera bayi direman


Tarikh kemaskini: 09/01/2019





SIBU, 9 Jan (Bernama) – Mahkamah Majistret di sini hari ini memerintahkan seorang pengasuh yang disyaki mendera seorang bayi lelaki berusia sembilan bulan di reman empat hari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Stanley Jonathan Ringgit berkata, wanita berusia 39 tahun itu yang ditahan di sebuah rumah di Taman Permai di sini semalam juga didapati tidak mempunyai lesen bagi membuka pusat asuhan kanak-kanak.???????

Wanita itu yang ditahan selepas satu laporan polis dibuat ke atasnya telah mengasuh bayi tersebut sejak Ogos tahun lalu.

“Telefon bimbit suspek juga telah kita rampas bagi membantu siasatan kes ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Stanley berkata, pengadu dan isterinya yang bertugas sebagai guru telah menghantar bayi mereka ke rumah suspek pada 5.30 pagi Isnin lalu sebelum pergi bekerja.

Namun pada tengah harinya, suspek menelefon pengadu menyatakan bayinya itu menghadapi kesukaran bernafas dan apabila sampai di rumah suspek, pasangan tersebut mendapati bayi mereka tidak bermaya dan terus membawanya ke Hospital Sibu.

"Pemeriksaan awal perubatan mendapati bayi tersebut mengalami pendarahan dan bengkak pada bahagian otak dan kedua-dua mata serta mengalami keretakan tengkorak di sebelah kiri,” kata Stanley sambil menambah kesan tersebut dipercayai disebabkan hentakan kepala ke permukaan keras atau goncangan kuat ke atas mangsa.???????

Mangsa yang merupakan anak bongsu daripada tiga beradik dilaporkan dalam keadaan kritikal dan bergantung kepada bantuan hidup pada masa ini.

Sementara itu, Stanley berkata, pihaknya juga telah menerima satu lagi laporan polis terhadap suspek yang sama ???????oleh seorang wanita berusia 32 tahun selepas mendapati ada kesan kecederaan pada bibir bayi lelakinya yang berusia 17 bulan.???????

Kecederaan itu disedarinya ketika mengambil bayinya itu dari rumah pengasuh tersebut pada 1.30 tengah hari Isnin lalu.

Selain bibir yang berdarah, pengadu mendapati sebatang gigi depan bayinya itu patah dan gusinya turut cedera.

Pengasuh tersebut menjaga seramai lima kanak-kanak berusia antara sembilan bulan dan tiga tahun.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Undi 18: SPR adakan sesi libat urus dengan pihak berkenaan

 
     

Penubuhan KPSM inisiatif tingkatkan sosioekonomi pekebun kecil

 
     

Polis tidak berat sebelah siasat tuduhan Exco rogol pembantu rumah

 
     

Program 'Anak Kami' PPIM bantu bayi tidak sah taraf dapat keluarga angkat

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel