Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Tajul Hasnan dilantik setiausaha agung PAFA


Tarikh kemaskini: 09/01/2019




IPOH, 9 Jan (Bernama) – Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) melantik Setiausaha Persatuan Bola Sepak Daerah Kerian, Tajul Hasnan Omar sebagai setiausaha kehormat badan induk itu berkua tkuasa serta- merta.

Presidennya, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata pelantikan itu sekali gus menggantikan Abd Aziz Yeop Jamaluddin yang menyandang jawatan berkenaan sejak 23 Julai, tahun lalu.

Katanya, keputusan itu juga dibuat selepas perbincangan yang dilakukan dalam Mesyuarat Khas Jawatankuasa Eksekutif PAFA yang berlangsung semalam.

Beliau menjelaskan pelantikan Tajul Hasnan juga bertujuan membolehkan Abd Aziz Yeop memberi tumpuan penuh kepada tugas beliau sebagai naib presiden II PAFA.

"PAFA juga yakin pelantikan beliau (Tajul Hasnan) mampu membantu melancarkan lagi pengurusan persatuan," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri , di sini hari ini.

Sementara itu, Abd Aziz ketika dihubungi Bernama berkata beliau menerima keputusan berkenaan dengan hati terbuka.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Dr Md Farid pemimpin muda yang komited bawa idea pembaharuan dalam kerajaan - Aminolhuda

 
     

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel