Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Penuntut UTAR menang tempat pertama peraduan reka bentuk logo GPS


Tarikh kemaskini: 09/01/2019





KUCHING, 9 Jan (Bernama) -- Seorang penuntut Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) Kuala Lumpur, Voon Cherng Jyh, 20, memenangi tempat pertama dalam peraduan mereka bentuk logo Gabungan  Parti  Sarawak (GPS).

Voon, dari Batu 10 Kuching berkata logo ciptaannya diilhamkan daripada perkataan “Sarawak”.

“Bila saya dengar Sarawak, serta merta saya teringat burung kenyalang.  Logo asal adalah seekor burung kenyalang yang melihat ke angkasa dengan rasa bangga sebagaimana kami berbangga dengan GPS sebagai anak Sarawak,” katanya ketika ditemui wartawan selepas majlis pelancaran logo dan lagu GPS di ibu pejabat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), di sini hari ini.

“Ini adalah kali pertama saya memenangi peraduan mereka bentuk logo dan sebelum ini saya  pernah menyertai lain-lain peraduan mereka bentuk logo. 

Memenangi wang tunai RM10,000 sememangnya membantu saya dalam pengajian, keluarga dan juga  sedikit untuk kebajikan,” kata Voon yang menjadikan mereka bentuk logo hobinya sejak tiga tahun lepas.

Sementara itu hadiah tempat kedua berupakan wang tunai RM5,000 menjadi  milik  Denna  Ance  Bunas  sementara  Noor Shizarin Isnin di tempat ketiga dengan hadiah wang tunai RM3,000.

Lima hadiah sagu hati masing-masing RM1,000 dimenangi Brendan Goh Chuang Lung, Sahrein Maloh, Lee Ren Wei, Abdul Rahman Abdul Rahim dan Sharifah Ajauyah Wan Abdul Rahman.

Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg yang juga Pengerusi GPS melancarkan logo dan menyampaikan hadiah kepada pemenang pada majlis di ibu pejabat PBB itu.

PBB), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Progresif Demokratik (PDP) menubuhkan GPS sebagai wadah baharu politik di Sarawak setelah  Kerajaan  Barisan  Nasional  tumbang  sebagai kerajaan pusat di dalam Pilihan Raya Umum ke-14, Mei tahun lepas. 

--BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Azis Jamman cedera ringan terlibat nahas jalan raya di Nabalu, Kundasang

 
     

Projek pembinaan ECRL beri keutamaan kepada rakyat tempatan - MB

 
     

Sembilan pili air awam bagi hadapi gangguan bekalan air bermula esok

 
     

Konsul Indonesia di Pulau Pinang mahu penjelasan kes Adelina

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel