Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Polis teruskan operasi cari warga emas hilang dalam hutan


Tarikh kemaskini: 09/01/2019




BUKIT MERTAJAM, 9 Jan (Bernama) -- Polis Seberang Perai Tengah sedang giat menjalankan operasi mencari dan menyelamat seorang lelaki warga emas yang dilaporkan hilang sejak Ahad lepas semasa aktiviti pendakian di Hutan Lipur Cherok Tok Kun Kun dekat sini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid hari ini berkata kehilangan Chuah Poeh Seng, 67, dilaporkan oleh anak saudara lelakinya selepas warga emas itu gagal balik ke rumah.

"Anggota keluarga mangsa sebelum ini telah mencari lelaki itu di beberapa lokasi sebelum anak saudaranya menemui kereta jenis Volvo milik warga emas berkenaan di tempat letak kenderaan di  Hutan Lipur Cherok Tok Kun.

Pemeriksaan lanjut mendapati kereta itu ditinggalkan di kawasan berkenaan sejak Ahad dan tiada petugas di situ menemui pemilik kenderaan berkenaan," katanya di sini hari ini.

Katanya berikutan laporan polis dibuat anak saudara mangsa pukul 12.10 tengah malam tadi, beberapa agensi kerajaan dan orang awam telah menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) untuk mengesan mangsa di kawasan hutan lipur tersebut.

Nik Ros Azhan berkata operasi SAR itu bermula pukul 1.00 pagi dan tamat tiga jam kemudian namun tidak berjaya menemui mangsa sebelum operasi bersambung hari ini.

"Operasi SAR hari ini bermula pukul 8 pagi disertai pasukan bomba, Angkatan Pertahanan Awam dan unit anjing pengesan (K9) polis bagi mencari serta menyelamatkan warga emas berkenaan," katanya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Video Lucah: Beri ruang dan waktu untuk polis siasat -- KPN

 
     

Sultan Selangor rasmi pembukaan besar-besaran Central I-City

 
     

Elak minum susu kambing segar dari sebuah ladang di Pulau Indah

 
     

14 syarikat penuhi kriteria eksport buah Musang King ke China

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel