Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Institut George Town dilancar bagi memanfaatkan pendapat global


Tarikh kemaskini: 09/01/2019




GEORGE TOWN, 9 Jan  (Bernama) – Universiti Terbuka Wawasan (WOU) melancarkan Institut Pengajian Terbuka dan Lanjutan George Town (GIOAS) sebagai platform untuk menarik para pemimpin dan pemikir dari seluruh dunia untuk membincangkan isu-isu semasa yang mempengaruhi masyarakat di negara ini.

Pengerusi Lembaga Penasihat Antarabangsa GIOAS Tan Sri Andrew Sheng berkata penglibatan pemimpin dan pemikir ini akan menyuntik perspektif antarabangsa dalam proses menangani isu-isu yang boleh membentuk peranan masa depan pendidikan, pembelajaran, pekerjaan dan kehidupan.

"Saya percaya pendidikan adalah matlamat utama mana-mana individu. Sekiranya kita tidak dapat menyelesaikan masalah kita di dalam generasi sekarang, kita bantu  generasi seterusnya untuk mengatasinya dengan lebih baik, "katanya dalam sidang akhbar hari ini.

Beliau berkata sempena pelancaran GIOAS, forum awam percuma mengenai "Peranan universiti dalam zaman gangguan secara digital" akan diadakan di WOU Pulau Pinang pada 12 Jan bermula 2.30 petang.

“Forum ini akan menjadi sesuatu yang membina, tanpa politik bagi menggalakkan pemikiran terbuka dan bebas,” tambah beliau.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Jambatan angkat dijangka dibuka 1 Ogos - Exco Terengganu

 
     

Pencemaran udara Pasir Gudang: Sembilan tabika perpaduan ditutup

 
     

Sultan Nazrin puji Tabung Haji cemerlang urus jemaah di sebalik cabaran

 
     

Jemaah haji perlu jadi duta harumkan nama Malaysia - Sultan Nazrin

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel