Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Jabatan Pendidikan Negeri Sabah garis 24 bidang perlu capai KPI tahun ini


Tarikh kemaskini: 09/01/2019




KOTA KINABALU, 9 Jan (Bernama) -- Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) meletakkan 24 Petunjuk Prestasi Utama (KPI) bidang yang perlu dicapai sepanjang tahun ini.

Pengarah JPNS Sabah Mistirine Radin berkata KPI itu merangkumi bidang ikhtisas dan pengurusan pentadbiran.

"Bagi mencapai KPI itu, JPNS akan menjalankan pemantauan dan melaksanakan intervensi selain memastikan proses pengajaran dan pembelajaran(PdP) berjalan lancar.

Kita juga akan kerap berada di luar untuk menjalankan pemantauan di setiap sekolah di negeri ini," katanya kepada pemberita selepas Majlis Bicara Profesionalisme Pengarah Baharu JPNS di Auditorium Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, di sini hari ini.

Beliau berkata antara sasaran KPI itu termasuk meningkatkan pelajar yang layak mendapat sijil dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun ini.

Selain itu, JPNS juga akan berusaha untuk meningkatkan peratus murid mencapai tahap minimum Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) daripada 53.61 peratus pada tahun lalu kepada 58 peratus pada tahun ini.

Mistirine berkata di bawah Program Transformasi Daerah (PTD) iaitu kehadiran murid dalam sesi pembelajaran juga akan ditingkatkan daripada 92.37 peratus pada tahun lepas kepada 93 peratus tahun ini, katanya.

Beliau berkata KPI itu juga mensasarkan sebanyak 70 peratus peningkatan sekolah yang mencapai standard keperluan asas minimum infrastruktur fizikal di setiap sekolah melibatkan 24 Pejabat Pendidikan Daerah (PPD).

Katanya, ia bagi mengurangkan masalah sekolah daif yang masih terdapat di negeri ini yang perlu dinaik taraf dan dibaik pulih.

"JPNS juga menyasarkan sebanyak 48 buah sekolah akan mendapat penarafan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)," katanya.

--BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Azis Jamman cedera ringan terlibat nahas jalan raya di Nabalu, Kundasang

 
     

Projek pembinaan ECRL beri keutamaan kepada rakyat tempatan - MB

 
     

Sembilan pili air awam bagi hadapi gangguan bekalan air bermula esok

 
     

Konsul Indonesia di Pulau Pinang mahu penjelasan kes Adelina

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel