Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Pesara polis terharu terima bantuan kerusi roda


Tarikh kemaskini: 09/01/2019





PADANG BESAR, 9 Jan (Bernama) -- Pesara polis Md Rozi Ahmad yang menderita akibat penyakit kencing manis dan kegagalan buah pinggang terharu menerima sumbangan sebuah kerusi roda bagi memudahkan pergerakannya.

Ketua Polis Perlis SAC Noor Mushar Mohamad menyerahkan kerusi roda itu kepada Md Rozi, 63, di kediamannya di Kampung Baru, Chuping di sini, hari ini.

Bekas konstabel polis itu mempunyai empat orang anak hasil perkahwinan dengan isteri pertamanya yang telah meninggal dunia dan turut menjadi penjaga kepada seorang lagi anak berstatus OKU .

Anak-anaknya itu yang berusia dari  5 hingga 16 tahun dan masih bersekolah sementara isteri keduanya, Faridah Din, 35, tidak bekerja.

Menurut Noor Mushar, kerusi itu disumbangkan oleh pasukan polis dan Persatuan Kepolisan Komuniti Malaysia yang menghargai jasa dan sumbangan pesara-pesara polis.

Selain kerusi roda, bantuan lain yang merupakan barangan keperluan harian seperti beras, tepung dan minyak masak  disampaikan kepada Md Rozi yang berkhidmat hampir 35 tahun dalam pasukan polis sebelum bersara pada 2010.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Jambatan angkat dijangka dibuka 1 Ogos - Exco Terengganu

 
     

Pencemaran udara Pasir Gudang: Sembilan tabika perpaduan ditutup

 
     

Sultan Nazrin puji Tabung Haji cemerlang urus jemaah di sebalik cabaran

 
     

Jemaah haji perlu jadi duta harumkan nama Malaysia - Sultan Nazrin

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel