Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Pegawai JKM direman seleweng wang bantuan RM15,000


Tarikh kemaskini: 09/01/2019





ALOR SETAR, 9 Jan (Bernama) -- Seorang pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kulim  direman enam hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung penyelewengan wang bantuan berjumlah RM15,000.

Menurut jurucakap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), perintah reman ke atas lelaki berusia 38 tahun itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Sungai Petani Balkhis Abdul Halim.

Lelaki itu ditahan di JKM Kulim pada  3 petang semalam bagi membantu siasatan menurut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Menurut sumber, siasatan awal SPRM mendapati suspek dipercayai menyeleweng wang bantuan berjumlah RM15,000 yang sepatutnya diserahkan kepada penerima bagi tujuan membaiki rumah dan pembekalan mesin jahit bagi tempoh 2015 hingga 2017.

Pengarah SPRM Kedah Datuk Mohd Fauzi Mohamad ketika dihubungi mengesahkan kes itu.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Jambatan angkat dijangka dibuka 1 Ogos - Exco Terengganu

 
     

Pencemaran udara Pasir Gudang: Sembilan tabika perpaduan ditutup

 
     

Sultan Nazrin puji Tabung Haji cemerlang urus jemaah di sebalik cabaran

 
     

Jemaah haji perlu jadi duta harumkan nama Malaysia - Sultan Nazrin

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel