Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Polis rampas hampir 1kg heroin, tahan dua disyaki pengedar


Tarikh kemaskini: 09/01/2019





BUTTERWORTH, 9 Jan (Bernama) -- Hampir satu kilogram bahan disyaki heroin bernilai kira-kira RM17,000 dirampas dalam satu operasi bersepadu oleh Polis Daerah Seberang Perai Utara, kata Ketua Polis Daerah ini, ACP Noorzainy Mohd Noor hari ini.

Dua lelaki masing-masing berumur 39 dan 24 tahun yang dipercayai anggota sindiket pengedaran dadah di sini turut diberkas dalam operasi berkenaan yang dijalankan bermula pukul 6.00 petang semalam.

“Dalam serbuan pertama operasi ini di Kampung Perlis, polis menahan seorang lelaki, yang juga pengedar dadah berusia 39 tahun bersama 924.2 gram dadah jenis heroin bernilai RM16,300,” katanya.

Serbuan kedua di Ujung Batu pula membawa kepada penahanan suspek kedua yang memiliki 15.5 gram heroin bernilai RM542.

Katanya, kedua-dua suspek turut didapati positif mengambil dadah dan kini di bawah tahanan reman selama tujuh hari untuk siasatan di bawah Seksyen 39B, Akta Dadah Berbahaya 1952.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Rosmah pohon jaminan kos RM500,000 daripada syarikat barang kemas Lubnan

 
     

Separuh penjawat awam terlibat rasuah adalah golongan muda

 
     

Sultan Nazrin rasmi klinik kesihatan Simpang

 
     

Dua warga emas lari lebih 500km sempena Hari Kebangsaan ke-62

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel