Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Suspek kes tetak dua beradik di Yan direman tujuh hari


Tarikh kemaskini: 09/01/2019





YAN, 9 Jan (Bernama) -- Suspek kes tetak dua beradik di Kampung Tengah, Kuala Sungai Yan direman tujuh hari bermula hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedai, SAC Mior Faridalathrash Wahid berkata, ia bagi membolehkan siasatan terperinci dijalankan bagi mengenalpasti motif kejadian itu.

"Setakat ini, kita masih melakukan siasatan bagi mengenalpasti punca itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya dalam kenyataan.

Dalam kejadian pukul 11.45 malam tadi Nurul Hanim Idris, lima tahun, dan Mohammad Hafiz, setahun, maut ditetak ketika tidur di bilik tingkat bawah rumah mereka.

Bapa saudara mereka, Sobri Saad, 52, yang berada di rumah ketika itu turut cedera di pipi kiri akibat dilibas dengan parang oleh suspek.

Terdahulu, Mior Faridalathrash berkata suspek yang memiliki rekod jenayah lampau berkaitan dadah berjaya ditahan sejurus kejadian.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Raja Perlis mahu pendakwah saudara baharu sentiasa lengkapkan ilmu

 
     

Profesionalisme pakar patologi negara diyakini

 
     

Polis akan panggil penganjur perhimpunan anti-Lynas

 
     

Bacaan IPU di Sri Aman kekal 'sangat tidak sihat'

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel