Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

63 pelajar sekolah tercicir sambung persekolahan


Tarikh kemaskini: 09/01/2019





KANGAR, 9 Jan (Bernama) -- Seramai 61 orang pelajar sekolah menengah dan dua pelajar sekolah rendah yang tercicir tahun lepas diterima untuk menyambung semula pelajaran pada sesi persekolahan 2019 yang dibuka pada 2 Jan lepas. 

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perlis, Izmi Ismail berkata para pelajar itu tercicir 30 hari berturut-turut tahun lepas dan tidak membuat rayuan untuk menyambung semula pelajaran dalam tempoh 30 hari.

Katanya antara sebab mereka tidak hadir ke sekolah adalah sakit berpanjangan, lewat pendaftaran dan dibuang sekolah.

Beliau memberitahu Bernama, Perlis dipilih sebagai negeri perintis Operasi Cicir Kementerian Pendidikan Malaysia yang dilancarkan pada Ogos tahun lepas.

Anggota Parlimen Kangar Noor Amin Ahmad menyerahkan surat penempatan semula pelajar terbabit dalam satu majlis di JPN di sini, hari ini.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Video Lucah: Beri ruang dan waktu untuk polis siasat -- KPN

 
     

Sultan Selangor rasmi pembukaan besar-besaran Central I-City

 
     

Elak minum susu kambing segar dari sebuah ladang di Pulau Indah

 
     

14 syarikat penuhi kriteria eksport buah Musang King ke China

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel