Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Polis Kota Kinabalu keluar 25 saman atas pelbagai kesalahan lalulintas


Tarikh kemaskini: 09/01/2019




KOTA KINABALU, 9 Jan (Bernama) -- Polis mengeluarkan 25 saman atas pelbagai kesalahan lalulintas dalam Op Kenderaan di Jalan Tuaran Bypass, dekan sini semalam.

Ketua Polis Bandaraya Kota Kinabalu, ACP Habibi Majinji berkata, sebanyak 137 kenderaan pelbagai jenis diperiksa dalam operasi yang dijalankan, bermula pukul 10 pagi hingga pukul 11.45 pagi itu.

"Majoriti kenderaan dan kesalahan yang disaman adalah kereta dengan kesalahan cukai jalan kenderaan yang telah tamat tempoh," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata usaha penguatkuasaan seumpama itu akan terus dijalankan bagi memastikan pemandu mematuhi undang undang dan peraturan lalulintas.

Habibi berkata sebanyak 14 anggota dan seorang pegawai dari Jabatan Pengangkutan Jalan terlibat dalam operasi itu. 

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Azis Jamman cedera ringan terlibat nahas jalan raya di Nabalu, Kundasang

 
     

Projek pembinaan ECRL beri keutamaan kepada rakyat tempatan - MB

 
     

Sembilan pili air awam bagi hadapi gangguan bekalan air bermula esok

 
     

Konsul Indonesia di Pulau Pinang mahu penjelasan kes Adelina

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel