Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Penjawat awam antara 24 individu ditahan AADK di Yan


Tarikh kemaskini: 09/01/2019





ALOR SETAR, 9 Jan (Bernama) -- Seorang penjawat awam antara 24 individu ditahan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Daerah Yan kerana disyaki terlibat dengan penyalahgunaan dadah dalam satu serbuan di satu kawasan di Kampung Kuala Sala, semalam.

Lelaki berusia 30-an itu yang mengaku mengambil dadah jenis syabu sejak lima tahun lalu ditahan dengan memakai tanda nama dibajunya dan dipercayai menggunakan waktu rehat ketika bekerja untuk datang ke kawasan itu bagi mendapatkan bekalan dadah.

Ketua AADK Daerah Yan, Mohamad Ramli berkata operasi yang bermula pukul 8 pagi hingga 3 petang disertai anggota daripada Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) dan Unit Sempadan Antidadah (UAS) Bukit Kayu Hitam.

"Kesemua yang ditahan berumur antara 21 hingga 60 tahun dibawa ke Pejabat AADK Daerah Yan untuk tindakan lanjut dan pemeriksaan ujian air kencing mendapati 22 individu positif dadah jenis opiat dan dua lagi individu positif syabu. Penggunaan opiat yang tinggi menunjukkan ia mudah diperoleh berikutan harganya yang murah.

"Seramai 15 individu akan dihantar ke Pusat Tahanan Reman (PTR) Kampung Selamat, Tasek Gelugor, Pulau Pinang manakala yang lain telah diberi jamin untuk hadir semula atas beberapa faktor melibatkan kesihatan dan sebagainya," katanya dalam kenyataan hari ini.

Mereka yang ditahan disiasat di bawah seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah (Rawatan & Pemulihan) 1983. 

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

LZS akan terus beri kerjasama kepada SPRM dalam siasatan libatkan dana LZS dan RTM

 
     

APM NS sedia hadapi sebarang kemungkinan bencana

 
     

Dr Mahathir, isteri cetus keterujaan di Pantai Chenang

 
     

Anwar setuju tindakan polis tahan individu dikaitkan dengan keganasan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel