94ngO6Fx_Fs Anak pengarah direman untuk siasatan berhubung terima tender
Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Anak pengarah direman untuk siasatan berhubung terima tender


Tarikh kemaskini: 09/01/2019





GEORGE TOWN, 9 Jan (Bernama) -- Anak seorang pengarah sebuah jabatan kerajaan di sini hari ini direman selama enam hari bagi membantu siasatan kerana disyaki bersubahat dengan bapanya dengan mencadangkan syarikat miliknya untuk diberikan tender bernilai RM45,472.

Perintah reman itu dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Sesyen/ Majistret George Town Muna Maria Azmi selepas mendengar permohonan yang dikemukakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap lelaki berumur 27 tahun yang kini adalah eksekutif di sebuah agensi Kerajaan Negeri Perak.

Lelaki itu, yang juga pemilik sebuah syarikat, disiasat di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Eksekutif berkenaan ditahan di pejabatnya di Perak pada pukul 10.30 pagi, semalam selepas disyaki mencadangkan sendiri syarikat milik beliau untuk diberikan tender bagi satu projek sistem kelas tabika di sini kepada jawatankuasa penilaian sebutharga untuk projek berkenaan.

Semalam bapa lelaki itu yang berusia 58 tahun direman selama enam hari bagi membantu siasatan berhubung aduan terhadapnya kerana menggunakan jawatannya untuk membolehkan syarikat milik anaknya memperoleh tender berkenaan.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Raja Permaisuri Agong berkenan rasmi Festival Busana Tradisional Kreatif KL 2019

 
     

Kematian pesakit Zika di Perak mungkin akibat virus tempatan

 
     

PM: Kerajaan akan kaji sistem rel dan contohi kecekapan Stesen Tokyo

 
     

15,000 dijangka hadir majlis rumah terbuka Deepavali di Ipoh

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel