Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Imigresen Kedah tahan 11 PATI di Jitra


Tarikh kemaskini: 09/01/2019




ALOR SETAR, 9 Jan (Bernama) -- Jabatan Imigresen Kedah menahan 11 pendatang asing tanpa izin (PATI) pelbagai warganegara dalam 'Op Mega' di lima lokasi berasingan di sekitar Tunjang, Jitra, hari ini.

Pengarahnya Zuhair Jamaludin berkata operasi itu disertai 13 anggota Imigresen yang bermula 12 tengah malam hingga 4 pagi tadi dan dijalankan di lima buah rumah di Taman Suria dan kawasan kampung sekitar lokasi berkenaan.

"Kita telah menjalankan pemeriksaan terhadap 46 PATI pelbagai warganegara dan daripada jumlah itu empat lelaki Bangladesh, dua lelaki dan dua wanita Indonesia serta dua lelaki dan seorang wanita Myanmar yang berumur antara 18 hingga 46 tahun ditahan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Zuhair berkata kesemua mereka ditahan mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1958/63 (Akta 155) iaitu tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah dan Seksyen 15(1)(c) akta yang sama iaitu tinggal lebih masa.

Beliau berkata kesemua mereka ditempatkan di lokap Imigresen, Bangunan Kementerian Dalam Negeri, Alor Setar untuk siasatan lanjut sebelum dihantar ke Depoh Tahanan Imigresen Belantik, Sik.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Tiada penangguhan, perbicaraan 1MDB Najib kekal 19 Ogos

 
     

Undi 18: SPR adakan sesi libat urus dengan pihak berkenaan

 
     

Penubuhan KPSM inisiatif tingkatkan sosioekonomi pekebun kecil

 
     

Polis tidak berat sebelah siasat tuduhan Exco rogol pembantu rumah

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel